12 November 2008

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME

Pn. Noriah bt. Hj. Hussin, GB SK Belimbing menyampaikan amanat yang telah diberikan oleh Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru. Banyak perkara yang perlu diperbaiki dan ambil berat demi meningkatkan prestasi sekolah.

PK KO juga menunggu giliran untuk menyampaikan ceramah kepada guru-guru bagi menutup sessi persekolahan bagi tahun 2008.

Kursus LDP kali kelima telah diadakan pada 08.11.2008. Ini merupakan kursus terakhir pada tahun ini. Bertempat sekali lagi di bilik mesyuarat menyaksikan kehadiran memberangsangkan. Maklumlah kursus terakhir.

KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM

En.Hisaruddin sedang membentangkan pengurusan bolasepak dengan penuh semangat walaupun tanpa menggunakan LCD.


Pada 18.10.2008 yang lepas, SK Belimbing telah mengadakan kursus LDP bertajuk Peningkatan Profesionalisme. Kali ini tempat kursus telah berpindah ke bilik mesyuarat. Kehadiran para guru excellent dan semuanya begitu khusuk hingga tamat kursus.