16 March 2009

LATIHAN KEBAKARAN ("FIRE DRILL")

Latihan "Fire Drill" telah diadakan pada 12/13/2009 bertujuan untuk melatih murid-murid tentang cara-cara menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.

Kelihatan murid-murid sedang berlari menyelamatkan diri sambil diawasi oleh guru

Semua murid dan guru berkumpul di padang sekolah untuk menyelamatkan diri


Guru memeriksa kehadiran murid untuk memastikan semua murid ada di padang sekolah



PK HEM memberi taklimat tentang kebakaran setelah semua murid dan guru berkumpul di padang

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2009

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2009 telah diadakan pada 08/03/2009 di Dewan Gemilang SK Belimbing. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Shapri b. Hj. Husin (Pegawai Perhubungan PPD Tanah Merah)
Tn. Hj. Shapri memberi ucapan aluan kepada semua pengawas-pengawas yang dilantik.


Para pengawas dengan tekun mendengar amanat dari Tn. Hj. Shapri


Tn. Hj. Shapri menyampaikan sijil watikah pelantikan kepada pengawas


Semua pengawas mengangkat tangan melafazkan ikrar menjalankan tugas dengan penuh bersemangat. Diharap semua pengawas-pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan jayanya.

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

Kem Kepimpinan Pengawas telah diadakan pada 07/03/2009 bertempat di Dewan Gemilang SK Belimbing. Kem ini diadakan untuk semua pengawas-pengawas SK Belimbing iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Pusat Akses & Pengawas BOSS yang bertujuan untuk memberi motivasi dan jati diri yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin.
Guru Penyelaras Pengawas Sekolah memberi taklimat dan tanggungjawab pengawas kepada Pengawas Sekolah

Sebahagian Pengawas Pusat Akses yang baru dilantik kelihatan tekun mendengar taklimat dari Guru Penyelaras Pusat Akses


Pengawas BOSS sedang khusyuk mendengar taklimat yang di beri oleh Guru Penyelaras mereka.

Guru Penyelaras Pengawas Pusat Sumber memberi penerangan tentang tugas-tugas Pengawas Pusat Sumber

15 March 2009

KURSUS LDP SIRI 1 KUMPULAN 1 (EDUWEBTV)

Kursus penggunaan EDUWEBTV telah diadakan pada 07/03/2009. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan EDUWEBTV kepada guru-guru SK Belimbing. Kursus ini telah di kendalikan oleh En. Mohd Faizal b. Mat Jidin iaitu guru SK Belimbing.

Guru-guru sedang sibuk membuat e-mel masing-masing sebelum dapat menggunakan EDUWEBTV.





Cikgu Faizal menerangkan cara-cara untuk menggunakan EDUWEBTV kepada guru-guru.





Ada antara guru-guru yang membawa laptop sendiri bagi mengikuti kursus ini.





Guru-guru begitu asyik melihat video-video yang terdapat di dalam laman EDUWEBTV serta melihat-lihat video yang dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.



SAYONARA PK HEM & PK KO

Majlis Sayonara PK HEM & PK KO telah diadakan pada 24/02/2009. Majlis ini meraikan En. Junaidi b. Ismail (PK HEM) yang bertukar ke SK Banggol Chica, Pasir Mas dan En. Omar b. Mat Junus (PK KO) yang bertukar ke SK Kelaboran, Tumpat.

Guru-guru dan kakitangan sekolah mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan bersama PK HEM & PK KO
Ucapan dan amanat terakhir dari PK KO untuk warga SK Belimbing
Ucapan & amanat terakhir dari PK HEM untuk warga SK Belimbing
Murid-murid bersalam-salaman dengan PK HEM & PK KO
Sayonara buat Cikgu Junaidi & Cikgu Omar...Semoga sentiasa cemerlang dan gemilang tidak kira di mana anda berada..dari warga SKB

KEM SAHSIAH DIRI

Kem Sahsiah Diri untuk murid-murid Tahun 6 SK Belimbing telah diadakan pada 20.2.09 yang mana telah dijayakan oleh Ustaz Hj Abd. Zuki b. Abd. Rani dari SK Lubok Stol, Rantau Panjang.