27 April 2010

JAMUAN KESYUKURAN ( 27 April 2010 )

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada PK HEM, Cikgu Admera, Cikgu Norhayati dan Cikgu Ct Raniza di atas sumbangan jamuan kesyukuran. Tahniah kami ucapkan kerana berjaya mendapat 4 4 dalam ujian PTK tahun lepas. Kalau dah dapat makan free tu..makan la puas-puas..

Kami pun dapat tumpang semangkuk!

PEMERIKSAAN KESIHATAN ( 27 APRIL 2010 )

Pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Kanak-Kanak Tanah Merah telah emmbuat lawatan ke SK Belimbing. Kumpulan yang diambil perhatian ialah Murid Tahun 1 dan tahun 6. Semua guru juga mendapat suntikan H1N1.
Murid Tahun 1 Yakin bersedia untuk diperiksa oleh jururawat.
Kami tak takut pun kena suntikan... tahniah dik kerana berani..senyum lagi.

Murid tahun 6 diberikan makan ubat cacing. Nganga mulut tu luas-luas dik...jangan gigit jari misi tu pulak...!

24 April 2010

KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM ( 21 April 2010 )

Aktiviti yang dijalankan pada minggu ini ialah membuat gadjet. Musykil ni...sapa yang sepatutnya buat gadjet ni..

Elok-elok sikit guna gergaji tu... nanti luka tangan emak marah pulak....

UBB APRIL ( 19 - 21 April 2010 )

Pada 19 - 21 April telah dijalankan ujian bulanan bagi Bulan April. Hai cikgu wi... bukan suruh posing...jaga budak-budak nak jawab soalan tu..
Pendidikan Seni juga diuji dalam ujian ini. Aktiviti yang dijalankan oleh murid tahun 3 ialah Resis.

21 April 2010

MINGGU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM ( 4-8 APRIL 2010 )





Aktiviti pertandingan Busana Muslim dan Muslimah. Adik Anas Syakir terpilih sebagai pemenang.







Barisan panel hakim yang tengah sakit kepala memilih pemenang. Peserta yang mengambil bahagian setiap acara yang dipertandingkan adalah hebat-hebat belaka.







Pasukan Nasyid dari Pra Melor berjaya mendapat naib Johan Pertandingan Nasyid. Tahniah anak-anakku...







Yg Berusaha Ustaz Mohd. Zawawi b. Mohamad, Pegawai Khas
j-QAF PPD Tanah Merah telah menyempurnakan acara perasmian penutup Minggu Pendidikan Agama Islam.

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKB 2010 ( 23 & 24 MAC 2010 )

Acara sukaneka dibuka untuk semua murid Tahun 1 - 6. Manakala acara olahraga pula terbuka untuk murid Tahap 2 sahaja.
Peserta pasukan rumah Merah ( Tok Janggut ) menunjukkan aksinya dalam acara Lompat Tinggi.
Yg Berusaha En Mohd. Zambry b. Mamat, Pegawai Khas ( MSSD ) PPD Tanah Merah diberi penghormatan untuk merasmikan Temasya Sukan Tahunan SK Belimbing 2010.

Pasukan Pancaragam dari Rejimen Askar Melayu Diraja KOR 16 Melayu Kem Desa Pahlawan mengiringi pasukan perbarisan rumah pasukan pada hari tersebut.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH ( 11 MAC 2010 )

Antara slot Sambutan Maulidur Rasul ialah aktiviti mewarna dan melukis poster.
Murid-murid berbaju kurung dan berbaju melayu hadir ke sekolah dan ketika ini mereka sedang mendengar ceramah Maulidur Rasul.
Yg Berusaha Ustaz Anuar b. Che Omar, Pegawai Khas j-QAF PPD Pasir Mas diamanahkan untuk menyampaikan ceramah.

ENGLISH WEEK ( 1 - 10 MARCH 2010 )

Panitia Bahasa Inggeris memulakan aktiviti Minggu Bahasa Inggeris bagi sessi persekolahan 2010. Tahniah kepada ahli panitia dan semua yang terlibat menjayakan minggu BI ini.

MAIK ZAKAT 2 MAC 2010

Aktiviti LDP kali pertama iaitu Taklimat Zakat yang telah disempurnakan oleh Ustaz Multaza b Abdullah dari Unit Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

PENILAI NILAM 1 MAC 2010

Pasukan Penilai bersama dengan guru PSS Sk Belimbing semasa membuat penilaian bagi Pertandingan PSS kategori luar bandar

LOCENG GILA 25 FEBRUARI 2010

Setiap tahun aktiviti "Fire Drill" diadakan bagi mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri jika berlaku kebakaran di sekolah. Alhamdulillah aktiviti ini dapat dijalankan tanpa sebarang masalah yang timbul.
Pegawai bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanah Merah memberikan taklimat keselamatan kepada semua murid.

Adik Wani tidak melepaskan peluang membuat percubaan memadamkan kebakaran. Tahniah di atas keberanian adik.