Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2009 telah diadakan pada 08/03/2009 di Dewan Gemilang SK Belimbing. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Shapri b. Hj. Husin (Pegawai Perhubungan PPD Tanah Merah)
16 March 2009
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
Kem Kepimpinan Pengawas telah diadakan pada 07/03/2009 bertempat di Dewan Gemilang SK Belimbing. Kem ini diadakan untuk semua pengawas-pengawas SK Belimbing iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Pusat Akses & Pengawas BOSS yang bertujuan untuk memberi motivasi dan jati diri yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin.
Guru Penyelaras Pengawas Sekolah memberi taklimat dan tanggungjawab pengawas kepada Pengawas Sekolah
Sebahagian Pengawas Pusat Akses yang baru dilantik kelihatan tekun mendengar taklimat dari Guru Penyelaras Pusat Akses15 March 2009
KURSUS LDP SIRI 1 KUMPULAN 1 (EDUWEBTV)
Kursus penggunaan EDUWEBTV telah diadakan pada 07/03/2009. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan EDUWEBTV kepada guru-guru SK Belimbing. Kursus ini telah di kendalikan oleh En. Mohd Faizal b. Mat Jidin iaitu guru SK Belimbing.
SAYONARA PK HEM & PK KO
Majlis Sayonara PK HEM & PK KO telah diadakan pada 24/02/2009. Majlis ini meraikan En. Junaidi b. Ismail (PK HEM) yang bertukar ke SK Banggol Chica, Pasir Mas dan En. Omar b. Mat Junus (PK KO) yang bertukar ke SK Kelaboran, Tumpat.
Guru-guru dan kakitangan sekolah mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan bersama PK HEM & PK KOKEM SAHSIAH DIRI
12 November 2008
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME
Kursus LDP kali kelima telah diadakan pada 08.11.2008. Ini merupakan kursus terakhir pada tahun ini. Bertempat sekali lagi di bilik mesyuarat menyaksikan kehadiran memberangsangkan. Maklumlah kursus terakhir.
KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM
Pada 18.10.2008 yang lepas, SK Belimbing telah mengadakan kursus LDP bertajuk Peningkatan Profesionalisme. Kali ini tempat kursus telah berpindah ke bilik mesyuarat. Kehadiran para guru excellent dan semuanya begitu khusuk hingga tamat kursus.
Subscribe to:
Posts (Atom)














.jpg)
.jpg)