12 May 2009

KURSUS LDP PENGURUSAN STOK

KURSUS PENGURUSAN STOK
5 & 6 MEI 2009
MAKMAL KOMPUTER SK BELIMBING
DISAMPAIKAN OLEH TN. HJ. MOHD. NAZIR B. CHE SOF
PEGAWAI TADBIR PPD PASIR MAS




BANYAK NYE KERJA NAK DIBUAT YER...

MAJLIS SEKAPUR SIRIH PK KO BARU SKB

MAJLIS SAMBUTAN PN. SURAIYAH BT. MOHAMAD
PK KO-KURIKULUM BARU SAK BELIMBING
5 MEI 2009
Batuan permata jadi hiasan
Sekawan merbah di pohon sena
Pemanis kata selamat datang
Semoga SKB lebih ceria
Pasukan kompang SKB menyambut kedatangan PK KO
yang baru.


Pasukan kawad kaki SKB juga menyambut kedatangan
Pn. Suraiyah dna rombongan SK Sri Suria 1 ke
SK Belimbing

Majlis ramah mesra antara guru-guru SKB
dan guru-guru SKSS1

Tn. Hj. Tengku Hamzah b. Ku Seman ( GB SKSS1)
menyampaikan ucapan

Pn. Suraiyah bt. Mohamad ( PK KO ) SKB yang baru
menyampaikan ucapan.

Tinggi sungguh Gunung Daik
Mercunya nampak terang berkilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
Jamuan makan tengahari buat rombongan SK Sri Suria 1
di atas kesudian menjengah ke SKB
PK KO yang baru juga turut menjamu selera bersama dengan
guru besar kedua-dua buah sekolah.

LAMBAIAN KASIH CIKGU YUSOF

MAJLIS MERAIKAN PERPISAHAN EN. YUSOF B. ISMAIL
MENJAWAT JAWATAN PK KO-KURIKULUM SK BUKIT JERING
4 MEI 2009
DEWAN GEMILANG SK BELIMBING
Orang mengail di lubuk batu
Dapat seekor ikan gelama
Hilang satu berganti satu
Manakan sama orang yang lama
Wajah-wajah sedih murid-murid 6 Yakin yang akan
berpisah dengan guru tersayang.

Tenang-tenang air di laut
Sampan molek mudik ke hulu
Hati terkenang mulut menyebut
Budi nan baik rasa nak junjung

Orang mengail di lubuk batu
Dapat seekor ikan sembilang
Hilang satu berganti satu
Manakan sama Sir Yusof seorang

Asap api embun berderai
Cacak galah haluan perahu
Hajat hati tak nak bercerai
Kehendak Allah siapalah yang tahu

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Guru perempuan tidak melepaskan peluang
bergambar bersama Cikgu Yusof

Murid-murid lelaki Tahun 6 Yakin juga
bergambar kenang-kenangan dengan
Sir Yusof

MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

19 - 23 APRIL 2009
SAMBUTAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
TEMA MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH

Pn. Maharani selaku Guru Kaunseling telah memaklumkan
kepada murid-murid mengenai
Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah
En. Mohd. Nor b. Hassan ( PK HEM ) telah membaca
Perutusan Sambutan Minggu
Pendidikan Pencegahan Dadah

En. Yusof b. Ismail menjadi pembimbing sewaktu guru-guru
dan murid-murid menyanyikan lagu tema
KAMI BENCI DADAH
&
TEMAN SEJATI
Murid-murid menyanyikan lagu Kami Benci Dadah
dengan penuh bersemangat

Cikgu Wan Mohd. Azani memimpin murid-murid
menyanyikan lagu tema.

KURSUS LDP PEMANTAPAN PANITIA

KURSUS PEMANTAPAN PANITIA
BERTEMPAT DI MAKMAL KOMPUTER SK BELIMBING

Kehadiran penceramah jemputan Tn. Hj Zaabar b. Mohd. Zainal disambut oleh Pn. Noriah bt. Hj. Hussin ( GB ) dan Tn. Hj. Mohd. Ashri b. Ismail ( PK 1 )

Semua peserta lelaki mendengar taklimat yang diberikan dengan penuh semangat


Begitu juga dengan peserta perempuan mendengar dengan teliti semua perkara yang telah diperkatakan.

Guru Besar dan PK 1 turut mendengar dengan penuh berkeyakinan bagi melahirkan sekolah yang cemerlang


Terima kasih daun keladi
Tahun depan datanglah lagi

Kami amat berbesar hati kerana Tn. Hj. Zaabar sanggup datang ke sekolah kami untuk sessi LDP. Beliau mempunyai banyak maklumat untuk disampaikan dan tak cukup rasanya 1 hari bersama dengan beliau.


























03 May 2009

"ENGLISH WEEK"

"ENGLISH WEEK" telah diadakan pada 12 April 2009 sehingga 16 April 2009.
Tujuan utama minggu Bahasa Inggeris ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan penggunaan Bahasa Inggeris.

Pelbagai acara telah diadakan sebagai contoh "Reading Competition". Di dalam gambar kelihatan murid sedang membaca cerita dalam Bahasa Inggeris.


Selain daripada itu, ada juga persembahan bercerita secara berkumpulan daripada murid-murid.

Selain daripada itu aktiviti lain yang diadakan adalah seperti menjawab soalan. Guru-guru Bahasa Inggeris akan bertanyakan soalan dalam Bahasa Inggeris dan mestilah di jawab oleh murid-murid dalam Bahasa Inggeris juga. Di akhir majlis telah diadakan upacara memecahkan belon. Suasana pada masa itu sungguh gamat sekali.






MOTIVASI KEIBUBAPAAN

Motivasi Keibupaan telah diadakan pada 09 April 2009 di Dewan Sri Gemilang, Sekolah Kebangsaan Belimbing. Penceramah jemputan ialah Tn. Hj. Khairul Anwar Khairuddin, Pengetua SMK Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.