22 May 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SKBELIMBING ( 22 MEI 2010 )

Yg Berbahagia Dato'Ikmal Hisyam b. Abd Aziz, Ketua Umno Bahagian Tanah Merah diraikan bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKB 2010

Ibu bapa mendaftar sebelum majlis perasmian dijalankan. Seramai hampir 350 orang ibubapa yang hadir memeriahkan majlis mesyuarat pada tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih atas kehadiran ibubapa yang mana Mesyuarat Agung PIBG adalah platform pertemuan ibubapa dan guru demi kecemerlangan anak-anak.

Dari kiri : Pn. Noriah ( GB SKB ), Pn Hjh Siti Khadijah ( Pen Peg. Pel. PPD TM ), Dato'Ikmal Hisham, Tn. Hj. Mamat ( YDP PIBG ), Tn. Hj. MOhd. Ashri ( PK 1 SKB )

Mesyuarat Agung PIBG sedang berlangsung dan pada tahun ini diadakan pelantikan AJK baru bagi sessi 2010.


Wakil daripada ibubapa sedang menyuarakan isu tentang anak-anak.

20 May 2010

PROGRAM BUKU TEMAN SETIA DAN PROGRAM BOOK REVIEW ( 19 MEI 2010 )

Aktiviti Ko-Kurikulum bagi minggu ini ialah Program Buku Teman Setia. Semua murid Tahap 2 berkumpul di Dewan Gemilang SKB untuk membaca buku dan membuat sinopsis dalam Buku NILAM.

Semua murid tidak melepaskan peluang membaca buku cerita yang mereka minati.


Dikesempatan ini guru-guru juga membaca buku untuk Program LDP Book Review.


Dah siap baca buku tu...jangan lupa buat sinopsis yer...dan jangan lupa hantar kepada su ldp...jangan simpan buat denak pulak yer...


Punyalah kusyuk baca buku...buku cerita ke?...ingat hanya buku yang berbentuk ilmiah sahaja dibenarkan...majalah lagi la kena buang jauh-jauh...

19 May 2010

PEMERIKSAAN GIGI MURID PRA ( 19 MEI 2010 )

Seorang murid pra dijadikan model cara-cara memberus gigi dengan betul.

Murid-murid Pra Mawar begitu kusyuk mendengar ceramah.


Murid-murid Pra Melur juga tidak melepaskan peluang melakukan teknik memberus gigi yang betul dan berkesan.

17 May 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SKB 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
GURU...
Dalam ajarnya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
Dalam marahnya ada sayang
Dalam tawanya ada mesra
Dalam diam ada bijaksana
Dalam tangannya kita terbina
SELAMAT HARI GURU 2010
Guru Besar bersama dengan barisan guru SKB disambut dengan paluan kompang, ditabur bunga rampai dan diarak dengan bunga manggar ke majlis perhimpunan pagi sambutan Hari Guru.

Sekalipun usia kian senja, tetap dipanggil guru.....seandainya tidak bertugas lagi, tetap juga dipanggil guru... jika sekalipun tiada lagi di dunia ini, tetap dipanggil guru...itulah jasa guru yang tidak dipinta oleh guru....

PK 1 membacakan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.

Guru perempuan SKB membuat persembahan Boria Hari Guru...ada yang terasa ke?... kami gurau-gurau ajer... Dengar khabarnya...ada yang dah sakit kepala..tak selera makan.

Acara guru lelaki menyolek murid perempuan... pandai jugak yer awak jadi pak andam Cikgu Faizal!!!..

Guru lelaki pula membuat persembahan dikir barat yang diketuai oleh Cikgu Zulkifli.

KERJA TAK IKUT MASA ADALAH CIKGU
DI SURUH KE SANA KE SINI PUN CIKGU
DI SURUH BUAT ITU INI PUN CIKGU
DI HANTAR KE CERUK RANTAU JUGA CIKGU
BILA MURID TAK PANDAI BACA YANG PENING KEPALA CIKGU
BILA MURID BERJAYA YANG DIPUJA CIKGU
BILA MURID TAK BERJAYA PUN DIKAIT DENGAN CIKGU....
APA-APAPUN CIKGU...........

09 May 2010

PROGRAM MOTIVASI UPSR DI PONDOK MODEN BUKIT NANGKA ( 6 - 8 Mei 2010 )

Seramai 104 orang murid Tahun 6 telah menyertai Program Kembara Ilmu di Pondok Moden pada 6 - 8 Mei 2010. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Pa atas keselesaan tempat yang telah disediakan.
Semua guru membantu menjayakan program ini.. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan warga sekolah yang hadir menjayakan program ini. Hanya Allah sahajalah yang membalas budi cikgu-cikgu..
Aktiviti kumpulan diadakan di setiap tempat yang boleh menjadikan program motivasi ini lebih bermakna... Guru Besar ( Pn. Noriah ) turut membantu murid-murid menyelesaikan masalah matematik.

PERHIMPUNAN AHAD & PENYERAHAN ANAK ANGKAT UPSR 2010 ( 9 Mei 2010 )

Rutin pagi Ahad diteruskan dengan perhimpunan. Guru yang bertugas pada minggu ini ialah Tn. Hj. Mohd. Zawawi.

Perhimpunan pagi hari ini turut diselitkan dengan Program Anakku Sayang, Peningkatan UPSR 2010. Seramai 2 @ 3 orang murid tahun 6 akan diserahkan kepada seorang guru untuk dibimbing, bertanyakan khabar dan membantu sekadarnya...

Murid-murid dan guru-guru terpegun dengan persembahan Sajak Bahasa Cina oleh murid-murid Tahun 2 Yakin

06 May 2010

LDP SIRI 2 ( TAKLIMAT PROFESIONALISME ) 5 Mei 2010

Guru besar Pn Noriah bt. Hj Hussin mempengerusikan taklimat ini.
Guru-guru mencatat segala isu yang diperkatakan untuk diambil tindakan segera.
Bilangan guru perempuan SK Belimbing melebihi bilangan guru lelaki...Oleh itu mana-mana sudut yang diambil oleh kameraman jelas berfokuskan guru perempuan.

Hanya di suatu sudut terpencil sahaja kelihatan beberapa orang guru lelaki.

Tarikh : 05.05.2010
Hari : Rabu
Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 1.45 petang