07 April 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12 2009

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 telh diadakan pada 25 Mac 2009. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yg Berusaha Tn. Hj. Sepian b. Nor, Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah.

Mesyuarat kali ini membincangkan tentang yuran PIBG dan perkara-perkara lain untuk kecemerlangan anak-anak SK Belimbing.

Ibu bapa tekun mendengar penjelasan oleh Ahli Jawatankuasa PIBG tentang perkara-perkara yang di bincangkan.

Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid SK Belimbing

Ucapan oleh Yg Berusaha Tn. Hj. Sepian b. Nor

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2009

"Majlis Sambutan Maulidur Rasul " Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Selasa, 24 Mac 2009 dengan tema "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah".
Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini bermula dari jam 8.00 pg. Murid-murid dan guru-guru berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah untuk bersiap sedia berarak sambil berselawat ke atas junjungan mulia Rasullullah SAW.

Sebahagian daripada murid-murid SK Belimbing berarak sekitar Kampung Belimbing Dalam sambil membawa sepanduk dan bunga manggar.
Sambutan Maulidur Rasul diteruskan dengan acara dewan. Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu En. Mohd A'zizi b. Nik Mohamad, Pegawai Khas J-QAF, PPD Kota Bharu.

Murid-murid khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh En. A'zizi b. Nik Mohamad.