12 November 2008

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME

Pn. Noriah bt. Hj. Hussin, GB SK Belimbing menyampaikan amanat yang telah diberikan oleh Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru. Banyak perkara yang perlu diperbaiki dan ambil berat demi meningkatkan prestasi sekolah.

PK KO juga menunggu giliran untuk menyampaikan ceramah kepada guru-guru bagi menutup sessi persekolahan bagi tahun 2008.

Kursus LDP kali kelima telah diadakan pada 08.11.2008. Ini merupakan kursus terakhir pada tahun ini. Bertempat sekali lagi di bilik mesyuarat menyaksikan kehadiran memberangsangkan. Maklumlah kursus terakhir.

KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM

En.Hisaruddin sedang membentangkan pengurusan bolasepak dengan penuh semangat walaupun tanpa menggunakan LCD.


Pada 18.10.2008 yang lepas, SK Belimbing telah mengadakan kursus LDP bertajuk Peningkatan Profesionalisme. Kali ini tempat kursus telah berpindah ke bilik mesyuarat. Kehadiran para guru excellent dan semuanya begitu khusuk hingga tamat kursus.

04 August 2008

KURSUS LDP : P&P BERKESAN
















Sessi pendaftaran pada pukul 7.45 a.m. Jangan lupa ambil fail tau!















Pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan En. Mohd. Shukri Yaacob ke kursus pada kali ini. Semoga kedatangan beliau akan menambahkan lagi keyakinan para peserta untuk menjadi guru cemerlang.















Para peserta mengambil nota dan maklumat yang disampaikan penceramah.















Dengar baik-baik apa yang disampaikan...nanti ada sessi pembentangan.















En. Mohd. Shukri Yaacob dari IPKB sedang menyampaikan ceramah beliau bertajuk P&P Berkesan dan beliau dibantu oleh peserta En. Zamri.















Rehat.. makan jangan tak makan...Beratur weh...Emmm sedapnya...















En. Mohd. Shukri membantu para guru semasa slot bengkel. Pilih wakil yang hebat untuk menyampaikan persembahan.















Sessi perbincangan... baju merah ke yang kena bentang lepas ni....















Cendera kenangan daripada SKB kepada penceramah.
Terima kasih daun keladi...

Kursus LDP Siri 3 2008 telah diadakan pada 02.08.2008 (Sabtu). Penceramah jemputan ialah En Mohd. Shukri Yaacob dari Institut Perguruan Kota Bharu. Tajuk kali ini ialah Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan. Inilah di antara gambar yang sempat dirakam oleh Penyelaras LDP iaitu Puan Che Mazlipa. Semua peserta menunjukkan minat yang begitu tinggi dan penuh semangat bermula dari sesi pendaftaran hinggalah tamat kursus. Syabas diucapkan di atas komitmen yang diberikan oleh para peserta.

30 July 2008

KURSUS BAGI BULAN OGOS

PERHATIAN BUAT SEMUA WARGA SK BELIMBING....
KURSUS LDP BAGI BULAN OGOS ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH : 2 OGOS 08
HARI : SABTU
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK BELIMBING
KURSUS INI AKAN DIKENDALIKAN OLEH PENSYARAH-PENSYARAH DARI INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU.

KAMI PIHAK LDP MEMOHON MAAF KERANA HARI SABTU DIGUNAKAN SECARA BERTURUT-TURUT. SEBARANG KERJASAMA YANG DIBERIKAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

29 June 2008

AKTIVITI UNIT LDP SK BELIMBING BAGI BULAN JUN

Alhamdulillah... pada penghujung bulan Jun ini kami masih sempat mengadakan kursus dalaman. Kami amat bersyukur kerana masih diberikan kekuatan minda untuk mengikuti kursus. Unit Kurikulum telah menganjurkan kursus LDP kali ini. Dua slot ceramah dipenuhkan dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti kerja guru dan kecekapan dalam menjalankan tugas. Seramai 43 orang guru telah terlibat dalam menjayakan kursus ini.

CERAMAH 1
TAJUK : PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN
OLEH : TUAN HAJI ZAABAR B. MOHD ZAINAL
JEMAAH NAZIR KELANTAN

Kami amat bertuah kerana beliau dapat hadir memberikan pendedahan kepada kami untuk menguruskan panitia dengan berkesan dan tersusun. Beliau banyak membimbing kami dan terlalu banyak rasanya apa yang kami tidak tahu. 2 jam bersama beliau, rasa macam sekejap sahajaTerima kasih daun keladi. Jasamu tuan tidak terbalas. Hanya Allah sahajalah akan membalas.


CERAMAH 2
TAJUK : PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET ( ZOOM-A )

OLEH : EN. WAN ARIF FADZLY B. WAN AHMAD
ONE TOUCH EDUCATION SDN. BHD.

Slot kedua juga menarik. Kami para guru didedahkan dengan alternatif lain untuk memberikan latihan kepada murid-murid. Satu persembahan yang menarik dan guru-guru menumpukan perhatian 100 peratus.

Antara gambar yang sempat dirakam oleh jurukamera. Bermacam gaya peserta menunjukkan kesungguhan dan komitmen sepanjang kursus dijalankan.

26 June 2008

MEWARNA

Pada 18 Jun 2008 telah diadakan acara melukis dan mewarna bagi murid tahap dua bertemakan Bumi. Kita lihat aksi-aksi yang telah dirakamkan oleh jurugambar tak amatur...



Mencari idea







Boleh bincang









Guru-guru lelaki








Guru-guru perempuan









Anak siapa ni?






Not for sale!!!

20 May 2008

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Ribuan terima kasih diucapkan kepada 2 orang penceramah
yang telah menjayakan kursus LDP SK Belimbing bagi Bulan Mei


1.Ustaz Mohd Zawawi b. Mohamad
SMK Wataniah, Machang

Tajuk : Motivasi Guru








2. Tuan Haji Wan Sofian Sori
Universiti Malaysia Kelantan

Tajuk : Guru Berkualiti

AKTIVITI LDP BULAN MEI



Bagi menutup tirai sesi persekolahan penggal pertama, Unit LDP SK Belimbing telah mengadakan aktiviti seperti berikut :




KURSUS PENDIDIKAN MEMBENTUK KEPERIBADIAN INSAN LDP SIRI 1



Tarikh : 17 Mei 2008
Hari : Sabtu

Masa : 7.45 pagi - 4.00 petang

Tempat : Makmal Komputer SK Belimbing


2 orang penceramah telah dijemput untuk menjayakan program ini.

CERAMAH 1

Penceramah : En. Mohd. Zawawi b. Mohamad ( SMK Wataniah Machang )

Tajuk : Motivasi Guru


CERAMAH 2

Penceramah : Tn. Hj Wan Sofian Sori ( UMK )

Tajuk : Guru Berkualiti

08 May 2008

AKTIVITI LDP BULAN APRIL


Sepanjang bulan April, Unit LDP tidak sempat menjalankan sebarang kursus. Ini disebabkan penyelaras LDP mendapat taklimat tentang LDP pada penghujung bulan April.


Aktiviti yang dijalankan pada bulan April ialah :


Taklimat Pengurusan LDP dan Penggunaan Kad Laporan

Tarikh : 23 April 2008

Hari : Rabu

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Makmal Sains SK Belimkbing


Mesyuarat Unit LDP Kali Pertama

Tarikh : 27 April 2008

Hari : Ahad

Masa : 1.15 tgh

Tempat : Bilik Perkembangan Staff SKB

SALAM PERKENALAN



Blog sekolah ini dibina untuk memaparkan aktiviti-aktiviti Unit LDP SK Belimbing bagi sepanjang tahun 2008.


Penyelaras LDP yang dilantik oleh pentadbir adalah guru PPSMI dan beliau juga adalah penyelaras PPSMI bagi sekolah ini.