11 August 2009

PROJEK SIVIK BANTU MASYARAKAT

8 OGOS 2009
GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID
MASJID BELIMBING
MURID TAHUN 4 & 5 SK BELIMBING

Dari sekolah, murid-murid berjalan kaki menuju ke masjid dengan diiringi oleh guru-guru.

Murid-murid perempuan mengelap cermin tingkap, sebahagiannya melipat telekung sembahyang wanita.

Murid-murid lelaki pula membersihkan lantai masjid.

Murid-murid tahun 5 Usaha membersihkan tandas masjid.

Sebahagiannya pula mebersihkan tempat wuduk.

Berkumpul untuk berangkat pulang ke sekolah semula.

10 August 2009

KURSUS HEADCOUNT

KURSUS HEADCOUNT
8 OGOS 2008
BILIK PPSMI SK BELIMBING

Penceramah kursus adalah Guru Besar sendiri memandangkan beliau baru sahaja pulang dari berkursus headcount di Cameroon Highland.

Para peserta yang terdiri daripada guru-guru SK Belimbing mendengar dengan penuh minat ceramah yang telah disampaikan.

Terlalu banyak maklumat yang hendak disampaikan...rasanya kursus perlu ditambah 1 hari lagi.


KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

AKTIVITI KO-KURIKULUM
KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
SEMUA UNIT UNIFORM
29 JULAI 2009
RABU
4.00-600 PETANG

Semua murid tahap 2 terlibat dalam kursus ini yang dianjurkan oleh Kelab Doktor Muda


Penceramah merupakan Pegawai Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah bersama dengan barisan jururawat telah menjayakan kursus ini.

Salah satu daripada slot yang disampaikan ialah lakonan pertolongan cemas.

Penyampaian cenderahati kepada para fasilitator.


OPERASI NYAH LEBAH

5 OGOS 2009
RABU
10.45 a.m.
BLOK B SK BELIMBING
OPERASI NYAH LEBAH
PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT TANAH MERAH
Minggu lepas, kami dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan lebah yang mencari perlindungan sementara kerana kediaman mereka mungkin telah diganggu oleh sipencari madu. Kasihan sungguh kepada melihat kumpulan lebah ini kerana lokasi baru yang mereka cuba untuk jadikan sarang adalah tidak sesuai. Manusia begitu rakus mengejar kesenangan sehingga mengabaikan makhluk Allah yang lain untuk hidup di muka bumu ini.
Sekumpulan lebah ini disedari oleh murid-murid Tahun 5 Jaya sewaktu mereka hendak ke kantin pada waktu rehat. PK HEM serta merta menghubungi pasukan bomba bagi mengelakkan perkara yang lebih rumit berlaku. Semasa operasi ini dijalankan, murid-murid Tahap 2 dikumpulkan di kantin, padang dan dewan.
Berikut adalah siri foto yang mengabadikan detik-detik cemas memindahkan kumpulan lebah ke tempat baru. Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Tanah Merah kerana berjaya memindahkan lebah-lebah ini tanpa melibatkan kecederaan kepada penghuni sekolah ini.


TEROKAI SAINS MINDA CEMERLANG

MINGGU SAINS
26 - 30 JULAI 2009
TEROKAI SAINS MINDA CEMERLANG

Panitia Sains juga tidak mahu ketinggalan dalam menganjurkan minggu bagi subjek tersebut. Pelbagai aktiviti telah diatur seperti kuiz, membina kitaran hidup dan mewarna
Aktiviti melabelkan bahagian tubuh badan haiwan.

Aktiviti mebina kitaran hidup bagi serangga.

Kuiz bertulis yang dijalankan serentak Tahun 1 - 3.

Setiap orang murid begitu asyik menjawab soalan.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang.

28 July 2009

MAJLIS PENYERAHAN WANG KWAPM

MAJLIS PENYERAHAN WANG KWAPM &
MOTIVASI KEIBUBAPAAN
DEWAN GEMILANG SK BELIMBING
21 JULAI 2009
Pendaftaran ibubapa penerima wang KWAPM mengikut kelas masing-masing.

Sambutan ibubapa bagi menghadiri majlis ini amat menggalakkan.

Pn. Noriah ( GB ) menyampaikan ucapan alu-aluan.
En. Fauzi ( NYDP PIBG ) turut menyampaikan amanat dan pesanan kepada ibubapa.
Penceramah jemputan, Tn. Hj. Nik Mat b. Nik Lib menyampaikan ceramah motivasi keibubapaan kepada semua ibubapa dan murid-murid.

Majlis diakhiri dengan jamuan teh.

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM
19 - 23 JULAI 2009
Panitia Pendidikan Islam SK Belimbing tidak mahu ketinggalan dalam mengadakan aktiviti mingguan sperti panitia-panitia lain. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menarik minat murid-murid untuk menghayati keunikan mempelajari Pendidikan Islam. Ramai murid SKB yang mengambil peluang berpuasa sunat pada 27 Rejab iaitu bersamaan dengan 20 Julai 2009.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Tulisan Jawi Cantik bagi murid Tahap 1.

Murid-murid Tahap 2 pula mengambil bahagian dalam Pertandingan Azan dan Nasyid.

Persembahan Boria Bahasa Arab yang disampaikan oleh murid-murid.

PK HEM menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kemuncak aktiviti Minggu Penghayatan Islam ialah Ceramah Isra' Mikraj yang telah disempurnakan oleh Ustaz Abd. Hadi b. Mat Jusoh dari Sektor Pendidikan Islam dan Moral, JPN Kelantan.

Murid-murid mendengar ceramah dengan penuh minat.

Guru-guru dan AJK PIBG juga turut mengikuti ceramah yang telah disampaikan.

23 July 2009

KEM MOTIVASI UPSR
KEM SRI MELAWI BACHOK
16 -18 JULAI 2009
AKTIVITI P&P DIJALANKAN DI DEWAN. HARI PERTAMA MASIH BERSEMANGAT.
PENGLIBATAN MURID TAHUN 6 ADALAH 100%. PIHAK SEKOLAH MENJEMPUT BEBERAPA ORANG GURU LUAR UNTUK SESSI P&P.

CIKGU NIZAM MENYAMPAIKAN CERAMAH MATEMATIK

HAI...MENGANTUK KE WEH!

CIKGU ZAITUN MENYAMPAIKAN CERAMAH BAHASA INGGERIS.

MINGGU MATEMATIK

MINGGU MATEMATIK
12 - 16 JULAI 2009
DEWAN GEMILANG SK BELIMBING
KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI REKREASI MATEMATIK
TAHAP 1

TAHAP 2
KEMUNCAK AKTIVITI TAHAP 2 DIJALANKAN SEMASA AKTIVITI KOKURIKULUM PADA PETANG RABU.