28 July 2009

MAJLIS PENYERAHAN WANG KWAPM

MAJLIS PENYERAHAN WANG KWAPM &
MOTIVASI KEIBUBAPAAN
DEWAN GEMILANG SK BELIMBING
21 JULAI 2009
Pendaftaran ibubapa penerima wang KWAPM mengikut kelas masing-masing.

Sambutan ibubapa bagi menghadiri majlis ini amat menggalakkan.

Pn. Noriah ( GB ) menyampaikan ucapan alu-aluan.
En. Fauzi ( NYDP PIBG ) turut menyampaikan amanat dan pesanan kepada ibubapa.
Penceramah jemputan, Tn. Hj. Nik Mat b. Nik Lib menyampaikan ceramah motivasi keibubapaan kepada semua ibubapa dan murid-murid.

Majlis diakhiri dengan jamuan teh.

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM
19 - 23 JULAI 2009
Panitia Pendidikan Islam SK Belimbing tidak mahu ketinggalan dalam mengadakan aktiviti mingguan sperti panitia-panitia lain. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menarik minat murid-murid untuk menghayati keunikan mempelajari Pendidikan Islam. Ramai murid SKB yang mengambil peluang berpuasa sunat pada 27 Rejab iaitu bersamaan dengan 20 Julai 2009.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Tulisan Jawi Cantik bagi murid Tahap 1.

Murid-murid Tahap 2 pula mengambil bahagian dalam Pertandingan Azan dan Nasyid.

Persembahan Boria Bahasa Arab yang disampaikan oleh murid-murid.

PK HEM menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kemuncak aktiviti Minggu Penghayatan Islam ialah Ceramah Isra' Mikraj yang telah disempurnakan oleh Ustaz Abd. Hadi b. Mat Jusoh dari Sektor Pendidikan Islam dan Moral, JPN Kelantan.

Murid-murid mendengar ceramah dengan penuh minat.

Guru-guru dan AJK PIBG juga turut mengikuti ceramah yang telah disampaikan.

23 July 2009

KEM MOTIVASI UPSR
KEM SRI MELAWI BACHOK
16 -18 JULAI 2009
AKTIVITI P&P DIJALANKAN DI DEWAN. HARI PERTAMA MASIH BERSEMANGAT.
PENGLIBATAN MURID TAHUN 6 ADALAH 100%. PIHAK SEKOLAH MENJEMPUT BEBERAPA ORANG GURU LUAR UNTUK SESSI P&P.

CIKGU NIZAM MENYAMPAIKAN CERAMAH MATEMATIK

HAI...MENGANTUK KE WEH!

CIKGU ZAITUN MENYAMPAIKAN CERAMAH BAHASA INGGERIS.

MINGGU MATEMATIK

MINGGU MATEMATIK
12 - 16 JULAI 2009
DEWAN GEMILANG SK BELIMBING
KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI REKREASI MATEMATIK
TAHAP 1

TAHAP 2
KEMUNCAK AKTIVITI TAHAP 2 DIJALANKAN SEMASA AKTIVITI KOKURIKULUM PADA PETANG RABU.






05 July 2009

MAJLIS TAUTAN KASIH

MAJLIS TAUTAN KASIH
ROMBONGAN SK SRI SURIA 2
4 JULAI 2009
SABTU
WARGA SK BELIMBING MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA ROMBONGAN SK SRI SURIA 2 DI ATAS KESUDIAN MELAWAT SEKOLAH KAMI.
Tidak ada sesuatu yang istimewa dapat kami persembahkan...Jutaan terima kasih diatas kesudian bertandang...
Pertemuan dua mata antara guru-guru SK Sri Suria 2 dan SK Belimbing. Majlis ramah mesra diadakan di Bilik Mesyuarat SK Belimbing.

Rombongan SK Sri Suria 2 berkunjung ke bilik Kaunseling.

Terpegun melihat keceriaan bilik PSS.

Berehat seketika di Bilik Doktor Muda.

Bilik PPSMI sebagai pusat pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Para rombongan disajikan hidangan nasi dagang...Selamat menjamu selera.

02 July 2009

KARNIVAL BAHASA MELAYU

PELANCARAN KARNIVAL BAHASA MELAYU
27 JUN - 2 JULAI 2009
BAHASA JIWA BANGSA
Puan Noriah (GB) menyampaikan ucapan perasmian Minggu Bahasa Melayu.

Murid-murid SKB penuh minat mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh guru yang bertugas sempena Karnival Bahasa Melayu.

Aktiviti Permainan Bahasa Melayu yang dijalankan dari jam 11.15 - 12.45. Untuk tahap 1 dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad manakala Tahap 2 pada hari Isnin dan Selasa.

Guru Bahasa Melayu membantu murid-murid membina perkataan.

Aktiviti membina perkataan

Aktiviti menyampaikan pesanan.

Begitu bersemangat sekali murid-murid menjalani aktiviti yang telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu.

Penyampaian hadiah diberikan kepada murid-murid yang berjaya dalam setiap acara yang dipertandingkan. Adik Syahmi telah berjaya dalam pertandingan kuiz.