28 May 2009

MAJLIS JASAMU DIKENANG

JAMUAN PERPISAHAN
GURU-GURU YANG BERTUKAR 2009
BERTEMPAT DI NEW HORIZON GARDEN KOTA BHARU
26 MEI 2009
Guru yang diraikan En. Zahidi b. Musa dan En. Omar b. Mat Junus

Guru Besar ( Pn. Noriah bt. Hj. Hussin ) menyampaikan ucapan alu-aluan.

Wakil guru yang bertukar...En. Omar menyampaikan ucapan beliau.

Em...sedapnya... kepala ikan pun dah hilang yer....
Pekerja sekolah yang turut meraikan warga SK Belimbing yang telah bertukar.
Manisnya tembikai..manis lagi senyuman.
En. Yusof yang telah menjadi PK KO SK Bukit Jering, Jeli.

Cik Norlila ( Juruteknik Komputer )yang telah bertukar ke SK Kok Pasir, Tumpat.

Bergayanya En. Zahidi membawa pulang cenderamata dan kini beliau bertugas di SK Sri Kota, Kota Bharu.
Pn. Nora Idris berpindah ke SK Bechah Durian. Pasir Mas.

Guru-guru lelaki sedang berbincang untuk membantu Miss Tan yang telah kerosakan kereta semasa dalam perjalanan ke New Horizon Garden

Perut dah kenyang... jom kita pulang
Apa tunggu lagi...balik la..hari dah nak hujan..

24 May 2009

PEMANTAUAN ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG

Pada 20 Mei 2009 SK Belimbing telah dilawati oleh
3 orang Jemaah Nazir Jaminan Kualiti bagi memantau
untuk ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG
Dari Melaka ke Negeri Pahang
Singgah di Johor beli barangan
Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan

PEGAWAI PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR JAMINAN KUALITI PUTRAJAYA
1. EN. ABDULLAH B. HASSAN
2. EN. ABDUL LATIF B. SABAN
3. EN. KAMARUDIN B. ABD. GHAFAR
Majlis taklimat bersama JemaaH Nazir dan warga SKB. YDP PIBG dan AJKnya turut
bersama mendengar taklimat yang telah diberikan.
Sebahagian daripada guru-guru yang terlibat dalam sessi taklimat yang terdiri
daripada pengerusi dan setiausaha panitia, HEM dan ko-kurikulum

Besarlah harapan kami agar mendapat kejayaan dalam ASC ini.
Segala kekurangan harap dimaafkan dan semoga memenuhi semua
syarat yang diperlukan.

Pentadbir dan AJK PIBG bergambar kenang-kenangan bersama
para nazir.

Selamat menjamu selera.... Manisnya pertemuan...Manis lagi kejayaan...

Pada 21 Mei 2009 taklimat telah diadakan selama 15 minit di Makmal Komputer.
Pihak pentadbir merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah
yang telah pun memberikan sumbangan dan kerjasama yang sepenuhnya dalam
menjayakan Anugerah Sekolah Cemerlang. Semoga kita beroleh kejayaan.


19 May 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
17 MEI 2009
AHAD
SEMADIKAN KENANGAN MANIS BERSAMA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN INI
BACAAN PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA OLEH TN. HJ. MOHD. ASHRI B. ISMAIL (PK1)

BACAAN PERUTUSAN PENGARAH PELAJARAN OLEH EN. MAT NOR B. HASSAN
( PK HEM )


UCAPAN WAKIL MURID...ADIK WAN MOHD. AIMAN B. WAN AHMAD


UCAPAN GURU BESAR... PN. NORIAH BT. HJ. HUSSIN


ACARA SUKANEKA UNTUK GURU-GURU PEREMPUAN
( ACARA JUNJUNG BUKU )
ACARA BALING KASIH

SERONOKNYA...........

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA MURID-MURID YANG MEMENANGI PERTANDINGAN MEWARNA KAD UCAPAN HARI GURU

SETIAUSAHA KO-KURIKULUM MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA GURU YANG MELIBATKAN DIRI DENGAN ACARA SUKANEKA

PERTUKARAN HADIAH ANTARA GURU-GURU

12 May 2009

KURSUS LDP PENGURUSAN STOK

KURSUS PENGURUSAN STOK
5 & 6 MEI 2009
MAKMAL KOMPUTER SK BELIMBING
DISAMPAIKAN OLEH TN. HJ. MOHD. NAZIR B. CHE SOF
PEGAWAI TADBIR PPD PASIR MAS




BANYAK NYE KERJA NAK DIBUAT YER...

MAJLIS SEKAPUR SIRIH PK KO BARU SKB

MAJLIS SAMBUTAN PN. SURAIYAH BT. MOHAMAD
PK KO-KURIKULUM BARU SAK BELIMBING
5 MEI 2009
Batuan permata jadi hiasan
Sekawan merbah di pohon sena
Pemanis kata selamat datang
Semoga SKB lebih ceria
Pasukan kompang SKB menyambut kedatangan PK KO
yang baru.


Pasukan kawad kaki SKB juga menyambut kedatangan
Pn. Suraiyah dna rombongan SK Sri Suria 1 ke
SK Belimbing

Majlis ramah mesra antara guru-guru SKB
dan guru-guru SKSS1

Tn. Hj. Tengku Hamzah b. Ku Seman ( GB SKSS1)
menyampaikan ucapan

Pn. Suraiyah bt. Mohamad ( PK KO ) SKB yang baru
menyampaikan ucapan.

Tinggi sungguh Gunung Daik
Mercunya nampak terang berkilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
Jamuan makan tengahari buat rombongan SK Sri Suria 1
di atas kesudian menjengah ke SKB
PK KO yang baru juga turut menjamu selera bersama dengan
guru besar kedua-dua buah sekolah.

LAMBAIAN KASIH CIKGU YUSOF

MAJLIS MERAIKAN PERPISAHAN EN. YUSOF B. ISMAIL
MENJAWAT JAWATAN PK KO-KURIKULUM SK BUKIT JERING
4 MEI 2009
DEWAN GEMILANG SK BELIMBING
Orang mengail di lubuk batu
Dapat seekor ikan gelama
Hilang satu berganti satu
Manakan sama orang yang lama
Wajah-wajah sedih murid-murid 6 Yakin yang akan
berpisah dengan guru tersayang.

Tenang-tenang air di laut
Sampan molek mudik ke hulu
Hati terkenang mulut menyebut
Budi nan baik rasa nak junjung

Orang mengail di lubuk batu
Dapat seekor ikan sembilang
Hilang satu berganti satu
Manakan sama Sir Yusof seorang

Asap api embun berderai
Cacak galah haluan perahu
Hajat hati tak nak bercerai
Kehendak Allah siapalah yang tahu

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Guru perempuan tidak melepaskan peluang
bergambar bersama Cikgu Yusof

Murid-murid lelaki Tahun 6 Yakin juga
bergambar kenang-kenangan dengan
Sir Yusof