16 March 2009

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

Kem Kepimpinan Pengawas telah diadakan pada 07/03/2009 bertempat di Dewan Gemilang SK Belimbing. Kem ini diadakan untuk semua pengawas-pengawas SK Belimbing iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Pusat Akses & Pengawas BOSS yang bertujuan untuk memberi motivasi dan jati diri yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin.
Guru Penyelaras Pengawas Sekolah memberi taklimat dan tanggungjawab pengawas kepada Pengawas Sekolah

Sebahagian Pengawas Pusat Akses yang baru dilantik kelihatan tekun mendengar taklimat dari Guru Penyelaras Pusat Akses


Pengawas BOSS sedang khusyuk mendengar taklimat yang di beri oleh Guru Penyelaras mereka.

Guru Penyelaras Pengawas Pusat Sumber memberi penerangan tentang tugas-tugas Pengawas Pusat Sumber

15 March 2009

KURSUS LDP SIRI 1 KUMPULAN 1 (EDUWEBTV)

Kursus penggunaan EDUWEBTV telah diadakan pada 07/03/2009. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan EDUWEBTV kepada guru-guru SK Belimbing. Kursus ini telah di kendalikan oleh En. Mohd Faizal b. Mat Jidin iaitu guru SK Belimbing.

Guru-guru sedang sibuk membuat e-mel masing-masing sebelum dapat menggunakan EDUWEBTV.





Cikgu Faizal menerangkan cara-cara untuk menggunakan EDUWEBTV kepada guru-guru.





Ada antara guru-guru yang membawa laptop sendiri bagi mengikuti kursus ini.





Guru-guru begitu asyik melihat video-video yang terdapat di dalam laman EDUWEBTV serta melihat-lihat video yang dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.



SAYONARA PK HEM & PK KO

Majlis Sayonara PK HEM & PK KO telah diadakan pada 24/02/2009. Majlis ini meraikan En. Junaidi b. Ismail (PK HEM) yang bertukar ke SK Banggol Chica, Pasir Mas dan En. Omar b. Mat Junus (PK KO) yang bertukar ke SK Kelaboran, Tumpat.

Guru-guru dan kakitangan sekolah mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan bersama PK HEM & PK KO
Ucapan dan amanat terakhir dari PK KO untuk warga SK Belimbing
Ucapan & amanat terakhir dari PK HEM untuk warga SK Belimbing
Murid-murid bersalam-salaman dengan PK HEM & PK KO
Sayonara buat Cikgu Junaidi & Cikgu Omar...Semoga sentiasa cemerlang dan gemilang tidak kira di mana anda berada..dari warga SKB

KEM SAHSIAH DIRI

Kem Sahsiah Diri untuk murid-murid Tahun 6 SK Belimbing telah diadakan pada 20.2.09 yang mana telah dijayakan oleh Ustaz Hj Abd. Zuki b. Abd. Rani dari SK Lubok Stol, Rantau Panjang.

12 November 2008

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME

Pn. Noriah bt. Hj. Hussin, GB SK Belimbing menyampaikan amanat yang telah diberikan oleh Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru. Banyak perkara yang perlu diperbaiki dan ambil berat demi meningkatkan prestasi sekolah.

PK KO juga menunggu giliran untuk menyampaikan ceramah kepada guru-guru bagi menutup sessi persekolahan bagi tahun 2008.

Kursus LDP kali kelima telah diadakan pada 08.11.2008. Ini merupakan kursus terakhir pada tahun ini. Bertempat sekali lagi di bilik mesyuarat menyaksikan kehadiran memberangsangkan. Maklumlah kursus terakhir.

KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM

En.Hisaruddin sedang membentangkan pengurusan bolasepak dengan penuh semangat walaupun tanpa menggunakan LCD.


Pada 18.10.2008 yang lepas, SK Belimbing telah mengadakan kursus LDP bertajuk Peningkatan Profesionalisme. Kali ini tempat kursus telah berpindah ke bilik mesyuarat. Kehadiran para guru excellent dan semuanya begitu khusuk hingga tamat kursus.

04 August 2008

KURSUS LDP : P&P BERKESAN
















Sessi pendaftaran pada pukul 7.45 a.m. Jangan lupa ambil fail tau!















Pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan En. Mohd. Shukri Yaacob ke kursus pada kali ini. Semoga kedatangan beliau akan menambahkan lagi keyakinan para peserta untuk menjadi guru cemerlang.















Para peserta mengambil nota dan maklumat yang disampaikan penceramah.















Dengar baik-baik apa yang disampaikan...nanti ada sessi pembentangan.















En. Mohd. Shukri Yaacob dari IPKB sedang menyampaikan ceramah beliau bertajuk P&P Berkesan dan beliau dibantu oleh peserta En. Zamri.















Rehat.. makan jangan tak makan...Beratur weh...Emmm sedapnya...















En. Mohd. Shukri membantu para guru semasa slot bengkel. Pilih wakil yang hebat untuk menyampaikan persembahan.















Sessi perbincangan... baju merah ke yang kena bentang lepas ni....















Cendera kenangan daripada SKB kepada penceramah.
Terima kasih daun keladi...

Kursus LDP Siri 3 2008 telah diadakan pada 02.08.2008 (Sabtu). Penceramah jemputan ialah En Mohd. Shukri Yaacob dari Institut Perguruan Kota Bharu. Tajuk kali ini ialah Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan. Inilah di antara gambar yang sempat dirakam oleh Penyelaras LDP iaitu Puan Che Mazlipa. Semua peserta menunjukkan minat yang begitu tinggi dan penuh semangat bermula dari sesi pendaftaran hinggalah tamat kursus. Syabas diucapkan di atas komitmen yang diberikan oleh para peserta.