29 June 2008

AKTIVITI UNIT LDP SK BELIMBING BAGI BULAN JUN

Alhamdulillah... pada penghujung bulan Jun ini kami masih sempat mengadakan kursus dalaman. Kami amat bersyukur kerana masih diberikan kekuatan minda untuk mengikuti kursus. Unit Kurikulum telah menganjurkan kursus LDP kali ini. Dua slot ceramah dipenuhkan dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti kerja guru dan kecekapan dalam menjalankan tugas. Seramai 43 orang guru telah terlibat dalam menjayakan kursus ini.

CERAMAH 1
TAJUK : PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN
OLEH : TUAN HAJI ZAABAR B. MOHD ZAINAL
JEMAAH NAZIR KELANTAN

Kami amat bertuah kerana beliau dapat hadir memberikan pendedahan kepada kami untuk menguruskan panitia dengan berkesan dan tersusun. Beliau banyak membimbing kami dan terlalu banyak rasanya apa yang kami tidak tahu. 2 jam bersama beliau, rasa macam sekejap sahajaTerima kasih daun keladi. Jasamu tuan tidak terbalas. Hanya Allah sahajalah akan membalas.


CERAMAH 2
TAJUK : PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET ( ZOOM-A )

OLEH : EN. WAN ARIF FADZLY B. WAN AHMAD
ONE TOUCH EDUCATION SDN. BHD.

Slot kedua juga menarik. Kami para guru didedahkan dengan alternatif lain untuk memberikan latihan kepada murid-murid. Satu persembahan yang menarik dan guru-guru menumpukan perhatian 100 peratus.

Antara gambar yang sempat dirakam oleh jurukamera. Bermacam gaya peserta menunjukkan kesungguhan dan komitmen sepanjang kursus dijalankan.