24 May 2009

PEMANTAUAN ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG

Pada 20 Mei 2009 SK Belimbing telah dilawati oleh
3 orang Jemaah Nazir Jaminan Kualiti bagi memantau
untuk ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG
Dari Melaka ke Negeri Pahang
Singgah di Johor beli barangan
Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan

PEGAWAI PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR JAMINAN KUALITI PUTRAJAYA
1. EN. ABDULLAH B. HASSAN
2. EN. ABDUL LATIF B. SABAN
3. EN. KAMARUDIN B. ABD. GHAFAR
Majlis taklimat bersama JemaaH Nazir dan warga SKB. YDP PIBG dan AJKnya turut
bersama mendengar taklimat yang telah diberikan.
Sebahagian daripada guru-guru yang terlibat dalam sessi taklimat yang terdiri
daripada pengerusi dan setiausaha panitia, HEM dan ko-kurikulum

Besarlah harapan kami agar mendapat kejayaan dalam ASC ini.
Segala kekurangan harap dimaafkan dan semoga memenuhi semua
syarat yang diperlukan.

Pentadbir dan AJK PIBG bergambar kenang-kenangan bersama
para nazir.

Selamat menjamu selera.... Manisnya pertemuan...Manis lagi kejayaan...

Pada 21 Mei 2009 taklimat telah diadakan selama 15 minit di Makmal Komputer.
Pihak pentadbir merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah
yang telah pun memberikan sumbangan dan kerjasama yang sepenuhnya dalam
menjayakan Anugerah Sekolah Cemerlang. Semoga kita beroleh kejayaan.


1 comment:

Anonymous said...

ayahandaku ada di sini..hehe