28 July 2009

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM
19 - 23 JULAI 2009
Panitia Pendidikan Islam SK Belimbing tidak mahu ketinggalan dalam mengadakan aktiviti mingguan sperti panitia-panitia lain. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menarik minat murid-murid untuk menghayati keunikan mempelajari Pendidikan Islam. Ramai murid SKB yang mengambil peluang berpuasa sunat pada 27 Rejab iaitu bersamaan dengan 20 Julai 2009.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Tulisan Jawi Cantik bagi murid Tahap 1.

Murid-murid Tahap 2 pula mengambil bahagian dalam Pertandingan Azan dan Nasyid.

Persembahan Boria Bahasa Arab yang disampaikan oleh murid-murid.

PK HEM menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kemuncak aktiviti Minggu Penghayatan Islam ialah Ceramah Isra' Mikraj yang telah disempurnakan oleh Ustaz Abd. Hadi b. Mat Jusoh dari Sektor Pendidikan Islam dan Moral, JPN Kelantan.

Murid-murid mendengar ceramah dengan penuh minat.

Guru-guru dan AJK PIBG juga turut mengikuti ceramah yang telah disampaikan.

No comments: