10 August 2009

OPERASI NYAH LEBAH

5 OGOS 2009
RABU
10.45 a.m.
BLOK B SK BELIMBING
OPERASI NYAH LEBAH
PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT TANAH MERAH
Minggu lepas, kami dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan lebah yang mencari perlindungan sementara kerana kediaman mereka mungkin telah diganggu oleh sipencari madu. Kasihan sungguh kepada melihat kumpulan lebah ini kerana lokasi baru yang mereka cuba untuk jadikan sarang adalah tidak sesuai. Manusia begitu rakus mengejar kesenangan sehingga mengabaikan makhluk Allah yang lain untuk hidup di muka bumu ini.
Sekumpulan lebah ini disedari oleh murid-murid Tahun 5 Jaya sewaktu mereka hendak ke kantin pada waktu rehat. PK HEM serta merta menghubungi pasukan bomba bagi mengelakkan perkara yang lebih rumit berlaku. Semasa operasi ini dijalankan, murid-murid Tahap 2 dikumpulkan di kantin, padang dan dewan.
Berikut adalah siri foto yang mengabadikan detik-detik cemas memindahkan kumpulan lebah ke tempat baru. Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Tanah Merah kerana berjaya memindahkan lebah-lebah ini tanpa melibatkan kecederaan kepada penghuni sekolah ini.


1 comment:

Penyelamat Lebah said...

Semoga pasukan keselamatan menemui cara lain untuk memindahkan lebah tanpa dihapuskan. Lebah termasuk haiwan larangan dibunuh dalam Islam, apatah lagi dengan api. Di seluruh dunia lebah hadapi ancaman kepupusan, cuba search "Colony collapse disorder". Tanpa lebah, tiadalah lagi coklat, kopi, limau, rambutan dan lain-lain lagi.

Ayuh bersama pasukan Penyelamat Lebah untuk bantu selamatkan lebah daripada terus dihapuskan.