22 May 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SKBELIMBING ( 22 MEI 2010 )

Yg Berbahagia Dato'Ikmal Hisyam b. Abd Aziz, Ketua Umno Bahagian Tanah Merah diraikan bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKB 2010

Ibu bapa mendaftar sebelum majlis perasmian dijalankan. Seramai hampir 350 orang ibubapa yang hadir memeriahkan majlis mesyuarat pada tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih atas kehadiran ibubapa yang mana Mesyuarat Agung PIBG adalah platform pertemuan ibubapa dan guru demi kecemerlangan anak-anak.

Dari kiri : Pn. Noriah ( GB SKB ), Pn Hjh Siti Khadijah ( Pen Peg. Pel. PPD TM ), Dato'Ikmal Hisham, Tn. Hj. Mamat ( YDP PIBG ), Tn. Hj. MOhd. Ashri ( PK 1 SKB )

Mesyuarat Agung PIBG sedang berlangsung dan pada tahun ini diadakan pelantikan AJK baru bagi sessi 2010.


Wakil daripada ibubapa sedang menyuarakan isu tentang anak-anak.

No comments: